Wednesday, 13 March 2013

Tugasan Dr.Zuraida

Penyataan Isu : Apa Rasanya Jika Setiap Sen/Ringgit Yang Digunakan Untuk Sekolah Datangnya Daripada Diri Sendiri/ Saya Sebagai Pemilik Sekolah .

Memastikan : Perkara,

1. Pengetua, guru, ibubapa dan murid adalah pemimpin yang mahir.
2. Perkongsian visi menghasilkan penyepaduan program.
3.Penggunaan data berasaskan penyiasatan untuk memaklumkan tentang keputusan dan amalan.
4.Penglibatan,kerjasama dan tanggungjawab bersama yang meluas diterapkan dalam peranan dan tindakan.
5.Amalan reflektif membawa kepada daya penciptaan yang berterusan.
6.Peningkatan pencapaian murid adalah tinggi atau stabil.

Penjelasan Perkara 1, Pengetua,guru, ibubapa dan murid sebagai pemimpin mahir.
Pengetua,guru, ibubapa dan murid memainkan peranan utama dalam kerja persekolahan. Apabila berkerjasama, mereka membentuk kepimpinan yang padu dan menjadi penggerak utama di sekolah . Jika dipimpin oleh pengetua yang mahir ,para guru akan berkerjasama untuk membentuk pasukan yang profesional dan dapat memupuk kepimpinan dalam diri ibu bapa dan murid-murid.

Penjelasan Perkara 2, Perkongsian visi menghasilkan program yang berkaitan.








Monday, 4 March 2013

Minggu XTVT, penglibatan kuas,kerjasama dan tanggungjawab bersama yang diterapkan dalam peranan dan tindakan

Apabila individu berkerja secara bersama ,idebtiti peribadi mereka akan berubah.Inilah kesempatan pendidikan sebenar yang telah dilakukan di MRSM Gerik sempena minggu XTVT:




Projek bersama pelajar melestarikan persekitaran MRSM.






Sunday, 3 March 2013

Apakah yang telah kita pelajari tentang kepimpinan? sebenarnya kepimpinan adalah aspek pembelajaran bersama demi mencapai matlamat yang dikongsi untuk menambahbaik sekolah. Tindakan dan aktiviti kita sebenarnya mendefinisikan bagaimana kita menterjemahkan apa itu kepimpinan.
       Dalam pekerjaan seharian kepimpinan saya adalah pembelajaran dan perkongsian misi antara saya, staf, pelajar dan ibubapa.Keadaan saling berkaitan ini dapat membina persefahaman dan membolehkan urusan menjadi lebih mudah diterjemahkan dalam bentuk aktiviti yang boleh menambahbaik keberkesanan sekolah.
Contohnya pelajar mengajar saya untuk membuat blog, pelajar membantu menyusun kedudukan kerusi, pelajar membuat taman sekolah, pelajar mengadakan majlis kerohanian disurau, pelajar mengadakan perhimpunan pagi manakala ibubapa membantu menyediakan dana tambahan untuk perbelanjaan sekolah, ibubapa menyumbangkan tenaga mahir dan idea untuk membantu membangunkan sekolah seperti program meningkatkan prasarana sekolah dan pembangunan pelajar. Menjadikan hubungan dengan kumuniti sebagai kelebihan dengan belajar dari kemahiran mereka untuk diterapkan kepada organisasi misalnya menggunakan kepakaran kolej komuniti untuk menambah baik prasarana sekolah , menggunakan sekolah berdekatan sebagai tempat pelajar kita menterjemahkan kemahiran dan keupayaan yang dipelajari dalam bentuk praktikel seperti membantu pelajar sekolah berhampiran membaca dan mengira.

     Pemimpin mesti ingin melihat orang lain (pelajar,staf dan guru) menjadi pemimpin, untuk itu pemimpin mesti tunjukkan apa sebenarnya kepimpinan. Apa yang paling penting bagaimana kita mengupayakan konsep kepimpinan kepada seluruh warga sekolah untuk membolehkan sekolah bergerak kearah penambahbaikan.