Sunday, 3 March 2013

Apakah yang telah kita pelajari tentang kepimpinan? sebenarnya kepimpinan adalah aspek pembelajaran bersama demi mencapai matlamat yang dikongsi untuk menambahbaik sekolah. Tindakan dan aktiviti kita sebenarnya mendefinisikan bagaimana kita menterjemahkan apa itu kepimpinan.
       Dalam pekerjaan seharian kepimpinan saya adalah pembelajaran dan perkongsian misi antara saya, staf, pelajar dan ibubapa.Keadaan saling berkaitan ini dapat membina persefahaman dan membolehkan urusan menjadi lebih mudah diterjemahkan dalam bentuk aktiviti yang boleh menambahbaik keberkesanan sekolah.
Contohnya pelajar mengajar saya untuk membuat blog, pelajar membantu menyusun kedudukan kerusi, pelajar membuat taman sekolah, pelajar mengadakan majlis kerohanian disurau, pelajar mengadakan perhimpunan pagi manakala ibubapa membantu menyediakan dana tambahan untuk perbelanjaan sekolah, ibubapa menyumbangkan tenaga mahir dan idea untuk membantu membangunkan sekolah seperti program meningkatkan prasarana sekolah dan pembangunan pelajar. Menjadikan hubungan dengan kumuniti sebagai kelebihan dengan belajar dari kemahiran mereka untuk diterapkan kepada organisasi misalnya menggunakan kepakaran kolej komuniti untuk menambah baik prasarana sekolah , menggunakan sekolah berdekatan sebagai tempat pelajar kita menterjemahkan kemahiran dan keupayaan yang dipelajari dalam bentuk praktikel seperti membantu pelajar sekolah berhampiran membaca dan mengira.

     Pemimpin mesti ingin melihat orang lain (pelajar,staf dan guru) menjadi pemimpin, untuk itu pemimpin mesti tunjukkan apa sebenarnya kepimpinan. Apa yang paling penting bagaimana kita mengupayakan konsep kepimpinan kepada seluruh warga sekolah untuk membolehkan sekolah bergerak kearah penambahbaikan.

 




No comments:

Post a Comment