Kuasa dan kedudukan akan hilang dengan keangkuhan dan keegoaan ,sebaliknya rasa bertanggungjawab untuk memimpin semua orang menunjukan prestasi yang tinggi dengan menjadikan diri sendiri sebagai contoh tauladan adalah resepi terbaik untuk meraih kuasa dan kedudukan yang dihormati dan disegani.
Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mempunyai pengikut.Orang tidak suka pemimpin yang menggunakan kuasanya sebagai kuasa untuk menggerakan seseorang sebaliknya pemimpin yang sejati disukai kerana karismanya.Oleh itu sebagai pengetua mengilap karisma dari perspektif pertama amat penting. Persoalanya bagaimana membina karisma pengetua?
Cuba kita fikirkan dengan orang yang bagaimana kita senang bekerja, sayangi dan rela meluangkan masa, tentu orang itu seorang yang sentiasa ceria, gembira dan sentiasa memberikan harapan bukanya seorang yang murung, comot dan stres. Apabila kita senang didampingi tidak perlu menggunakan kuasa dan kedudukan itulah karisma.
Sebagai pengetua saya akan sentiasa mengarapkan yang terbaik daripada guru-guru dan hanya melihat kebaikan mereka. Saya akan sentiasa membantu guru-guru untuk mencapai potensi mereka keadaan ini tentu menyebabkan mereka menyangi saya. Memberikan harapan adalah yang terbaik jika kita tidak dapat membantu keseluruhannya. Kadang kala guru-guru hanya cukup untuk mendengar harapan,pujian dan kata-kata perangsang untuk mereka berkata terima kasih kepada kita. Apabila guru-guru berkata terimakasih kepada kita dengan ikhlas bermakna kita telah berjaya menjadi pengetua yang tidak mengguanakn kuasa dan kedudukan kita.Inilah caranya bagaimana kita membina karisma.
Guru-guru akan menyayangi pengetua yang sentiasa dekat dan berkongsi hidup dan ilmu serta kemahiran dengan guru-guru. Contohnya apabila ada majlis pertemuan keluarga kita undang guru-guru bersama ahli keluarganya yang kita hargai tentu mereka akan rasa dihargai dan seterusnya memotivasikan mereka untuk menjadi pengikut yang setia serta nelihat kita sebagai pemimpin yang prihatin bukannya kerana jawatan kita semata-mata.Kadang-kadang mereka akan melupakan jawatan kita sebaliknya menghormati kita sebagai orang yang patut dihormati bukan sebab jawatannya.
Akhirnya karisma yang terbina adalah sifat tidak mementingkan diri sendiri dan guru-guru dapat berkongsi merasakannya. Apabila guru-guru merasainya yang saya bukan mementingkan diri sendiri maka saya telah menjadi seorang pemimpin yang berkarisma.
14 April,Isnin, 8.15 pagi saya berucap diperhimpunan pagi bersama staf di hadapan pejabat. Memanfaatkan masa saya memulakanan perjumpaan dengan memberi salam dan mengucapkan syukur kerana semuanya sihat sambil berdoa agar pengetua kami diberikan kemudahan untuk cepat sembuh dab memulakan tugas. Ucapan saya hari ini kita akan bergotong royong untuk membersihkan maktab jadi saya mahu semua staf berkerjasama mencari kerja dan mencari tempat yang perlu dibersihkan, dicat semula dibetulkan dan sebagainya. Kata saya, anda memang tidak suka bekerja dengan arahan atau disuruh-suruh, atau tidak semua ketua suka menyuruh atau tidak berani menyuruh. Jadi pada hari ini semua orang akan membuang jawatan dan bergabung tenaga untuk melakukan kerja sebagai sebuah pasukan.
Hasilnya menakjubkan, saya minta semua bergerak mencari alatan berus cat, bekas mengecat dan cat dan kumpulkan alatan dan berhimpun semula di sini tepat jam 9.00 pagi. Jam 9.00 pagi semuanya ada dan bersemangat. Saya membahagikan kumpulan untuk mengecat dinding-dinding bilik asrama yang ada kesan kotoran. Semuanya bergerak dan memulakan tugas termasuklah saya. Jam 12.30 selesai semua dinding yang ada kesan kotoran dan contengan kembali bersih. semua mengemaskan alatan dan saya mengucapkan terima kasih. Penat ...peluh,tapi oh kalau inilah yang saya perlu lakukan untuk menjadikan staf saya boleh digunakan untuk menambah baik keadaan sekolah jadi inilah yang saya lakukan. Saya lakukan, saya buang nama jawatan untuk mengabungkan tenaga kerja bergerak dalam pasukan yang berjaya hari ini.
Semua org inginkan kuasa. Kuasa lambang kekuatan seorg pemimpin... kuasa pengaruh, kuasa rujukan, kuasa pakar, kuasa hak... pengaplikasian kuasa seorg pemimpin mampu menunjukkan Kebijaksanaannya mengawal situasi.... apabila pemimpin mampu menjelaskan t/jwb & accountability subordinatenya ttg kepentingan mrk pd organisasinya sudah pasti tanpa pengetua sekolah berlangsung spt biasa krn guru2 fhm tugas & fungsinya di sek. Akn lahir guru2 yg pakar dlm bidang masing2 dan lahirlah pelajar2 yg cemerlang! Krn apa? krn kepimpinan guru2nya... guru2 yg bangkit itu adalah krn pengetuanya yg berjiwa besar. Faktor hormat, percaya & sayang membina budaya jelekit tanpa perlu pertikaikan siapa yg berkuasa atau utk buat tindakan... self-urgency itu akn memberi impak yg besar kepada kebangkitan sebuah sekolah yg cemerlang. Utk mulai perlu ada Ilmu... bkn hny murid belajar...guru2 perlu sentiasa belajar dan bermotivasi tinggi. Apabila momentum guru2 makin hilang ketika itu pengetua perlu peka. Berikan insentif, bkn dgn $ tetapi berikan ucapan penghargaan, raikan guru2 yg letih... berikan senyuman harapan kpd guru2 bhw guru2 lah indikator kecemerlangan sekolah! Selamat berkarya cikgu manaf... jgn alpa dgn pujian :) Pemburu x pernah lupa dgn perangkapnya...
ReplyDelete